berhari hari aku berharap untuk ada sesuatu yang menghalang.
berharap agar Tuhan membantuku memberi halangan.
namun mungkin aku bukan manusia dipilih Tuhan untuk lari dari situasi.
kerana Tuhanku Maha Penyayang untuk memberiku pengajaran.
moga perjalanan yang memberi seribu ibrah.
untuk menguji tahap hati.
mungkin.
Yep.aku bersangka baik terhadap Tuhanku.
“Berhentilah bermain-main dengan hati. dalam setiap jiwa,ia hanya ada satu. maka kau memang sepantasnya untuk berhati-hati” - Tia Setiawati Priatna
a race like no other. come and join us!
for more details, visit http://30daysmarathon.blogspot.kr/
my junior wrote this and i think i have to share it:
(Sebelum membaca post ini, mungkin lebih indah lagu ini dijadikan sebagai background music :D
http://www.youtube.com/watch?v=lJ8IA7csEVQ)
Sebelum aku mengenal dakwah dan tarbiyyah, aku mudah kagum dengan seseorang yang mempunyai peribadi yang cemerlang. Selalu aku berkata, “Kenapa aku tidak seperti mereka?”.
Yang aku nampak hanya kecemerlangan peribadi itu tanpa menyelidik dengan lebih mendalam lagi. Aku menyangka,mereka memang dilahirkan begitu. Berakhlak mulia, bersopan santun dalam percakapan. Sungguh,cemburu.
Tetapi,yang aku tidak nampak mungkin kesukaran mereka untuk memperoleh kecemerlangan peribadi tersebut. Segala ujian dan halangan yang mereka tempuhi untuk mendapatkan kecemerlangan peribadi tersebut.
Bukti yang paling mudah,lihatlah para sahabat Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah itu sendiri. Mereka menempuhi pelbagai bentuk ujian dan halangan. Dan mereka berjaya menempuhi kesemua halangan tersebut dengan jayanya. Hasilnya, lahirlah begitu ramai peribadi muslim yang cemerlang semasa zaman tersebut.
Hati merupakan suatu anugerah daripada Allah swt kepada hamba-hambaNYA yang dikasihi. Hati memainkan peranan penting dalam membentuk syahsiah atau keperibadian diri kita. Apabila hati yang dimiliki dalam keadaan sihat dan bersih, maka akan lahirlah individu yang unggul dan baik akhlak serta amalannya. Namun, apabila hati yang dimiliki semakin kotor dan dipenuhi dengan debu-debu dosa dan maksiat, maka lahirlah individu yang buruk akhlak dan amalannya.
Rasulullah SAW pernah bersabda :
Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Benarlah. Hati yang baik itu melahirkan peribadi yang baik juga. Bagaimana dibentuk, begitulah hasilnya. Begitu besar peranan hati dalam melahirkan peribadi dan membentuk akhlak seseorang itu.
Kita lupa, untuk membentuk peribadi muslim yang cemerlang bukanlah dengan terkinja-kinja dan berbangga dengan budaya barat. Juga bukan dengan cara melemahkan hati-hati yang lain dengan perbuatan kita yang kasar dan ‘jahat’.
Jika kita lihat permasalahan dunia sekarang, yang sudah jelas, hampir menutup segala bentuk kebaikan pada zaman sekarang. Begitu besar peranan hati dalam menentukan tindakan dan perbuatan seseorang itu. Samada perbuatan yang mendatangkan manfaat ataupun sebaliknya.
Benarlah, HATI itu amat penting.
Jadi, ambillah sedikit masa. Luangkan sedikit masa bagi kita mengenal hati masing2.
Adakah hati kita hati yang sihat ataupun tidak buat masa sekarang. Jika ya, maka perbaiki dan gilap lagi sehingga bertambah cemerlang. Jika tidak, ambillah masa untuk muhasabah. Jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh untuk kita mula melakukan tindakan. Atau peribadi2 cemerlang di sekeliling kita sebagai rujukan.
p/s: Semenjak kebelakangan ini, telah mula membaca buku Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed. Dan sejak itu juga,diri ini begitu tertarik dengan hati. Yasmin Mogahed, di dalam buku beliau, telah begitu banyak menekankan akan kepentingan hati. Hati,hati dan hati. Diulang-ulang.May Allah bless her. Because of his writing, this owner of this sick heart try untuk mengenal hati sendiri. May Allah bless her and grant her the highest Jannah.InsyaAllah.
Ingin membuat pengakuan, diri ini jujur tidak berani untuk berkata, meluahkan perasaan seperti ini di depan khalayak ramai buat masa ini. Bagi yang mengenal diri ini pasti tahu dan kenal akan peribadi ini.
Kerana hati ini masih sakit. Jadi masih tidak dapat melahirkan peribadi yang cemerlang,yang bisa menyantun hati-hati di luar sana, yang bisa menyentap hati-hati yang kekeringan di luar sana .Buat masa ini, hati ini masih dalam proses perawatan. Dengan taubat, dakwah dan tarbiyyah. InsyaAllah.
Semoga post ini bermanfaat kepada hati-hati di luar sana.
Moga Allah redha.
